Saturday, June 8, 2013





carta aliran memproses membuat tempe


kacang soya( mesin pecah buang kulit ) ----> 

rendam(hari 2 malam ) ---->rebus ----> tos ----> 

gaul ragi dan bungkus ----> peram (2 hari) ----> 

tempe sedia untuk dipasarkan 







Menu Tempe Warisan Bonda ~




tempe goreng warisan bonda !
bahan-bahan :


  • 5 keping tempe 
  • tepung beras 
  • 2 camca jintan halus
  • serbuk kunyit minyak masak
  • sebiji telur ayam 
  • garam secukup rasa

cara-cara membuatnya :
  • bancuh tepung beras dengan air sehingga pekat
  • masukkan sedikit kunyit
  • jintan halus dan jintan kasar ditumbuk sehingga lumat dan dimasukkan ke dalam bancuhan tepung 
  • pecahkan sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam bancuhan tepung
  • panaskan minyak 
  • celupkan tempe ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng tempe sehingga kekuning-kuningan
  • hidangkan tempe bersama sambal kicap








rahsia disebalik kesedapan tempe warisan bonda !

bahan-bahan : 

  • 1kg kacang soya
  • 1 camca teh ragi tempe

bahan pembungkus : 

  • daun tempe
  • kertas minyak
  • kertas surat khabar


cara-cara membuatnya : 

  • kacang dimesin untuk dipecahkan dan dibuang kulit
  • kacang direndam selama 2 hari 
  • kemudian rebus kacang dan toskan
  • apabila sejuk gaulkan dengan ragi
  • bungkus tempe dengan daun tempe
  • tempe yang telah siap dibungkus diperam selama 2 hari
  • setelah pasti tempe masak barulah dimakan atau dipasarkan 



SEJARAH TEMPE !

sejarah tempe !

maklumat tentang tempe :
  • tempe adalah makanan kacang soya yang popular di asia tenggara & berasal dari orang Melayu suku jawa .
  • proses penapaian tempe memberikan tempe banyak zat .
  • tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia yang telah mempopularkan makanan ini .
  • protin dalam tempe semakin mudah dicernakan dengan proses penapaian secara khususnya (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyak oleh kultur Rhizopus .